5 Resepi Ayam Lazat & Mudah Disediakan

5 Resepi Ayam Lazat & Mudah Disediakan

Cari resepi ayam? Dah macam — macam resepi ayam dicuba tetapi masih belum ketemu yang berkenan dihati? Jangan risau kami akan senaraikan beberapa resepi ayam yang patut anda cuba dan terserlah kelazatannya.

Tanpa buang masa, jom ikuti senarai 5 resepi ayam yang terhebat dan menyelerakan.

Resepi Ayam Varuval Shiela Rusly

 

Resepi ayam varuval shiela rusly ni saya sendiri dah cuba dan memang sedap. Memula tu saya pun takde idea nak masak resepi ayam masak apa. Sebabnya ayam ni paling murah dan digemari ramai.

So saya layan youtube dan terpandang resepi ayam varuval sugu pavithra. Walaubagaimana pun resepi mereka agak banyak bahannya. Dan biasanya bila kita tonton satu video akan keluar suggestion tajuk yang seakan sama.

Dari situlah saya terpandang resepi ayam varuval shiela rusly. Sebab penyediaan bahan cukup mudah, kedua dia goreng dulu ayamnya. Tu yang buat saya suka masak resepi ayam oleh shiela rusly ni. So far dah 2–3 kali buat resepi ni terbaik!

Resepi Ayam Sambal Berlado Che Nom

 

Che Nom ni antara youtubers yang paling saya minati sebab setiap minggu channel beliau sentiasa ada resepi baru. Dan antara perkongsian beliau yang cukup benar pada tajuknya adalah resepi ayam sambal berlado, suami bertambah — tambah.
 

Lauk pedas memang kesukaan saya, dan resepi ayam berlado ni memang antara yang paling saya suka buat. Dan che nom lah puncanya saya beli chopper machine walaupun blender saya elok lagi… hahaha.
 

Resepi Nasi Ayam Che Nom

Nasi ayam bukanlah resepi yang ringkas sebenarnya. Namun tidak dinafikan yang nasi ayam merupakan makanan kesukaan rakyat malaysia.

Jadi saya letakkan juga resepi nasi ayam disini. Manalah tahu jika para pembaca mahukan sesekali masak nasi ayam.

Untuk pengetahuan anda, resepi nasi ayam Che Nom ni digunakan oleh ramai orang bagi tujuan berniaga nasi ayam. Sebab rasanya yang power dan ikut selera orang kita.

Resepi Rendang Ayam Berkuah

Resepi rendang ayam diatas kalau ikutkan style rendang ayam johor yang biasanya memang dibuat berkuah. Jika anda menyukai rendang ayam yang jenis kering, pemilihan ayam tua lebih disukai.

Ini kerana daging ayam tua lebih liat dan ambil masa lebih lama untuk dimasak. Namun tidaklah terlalu lama seperti menyediakan rendang daging. Dalam sejam begitu biasanya sudah masak.

Masa penulis duduk rumah bujang dulu dan memang memasak dirumah, menu ayam rendang antara yang paling saya sukai kerana semua bahannya hanya perlu di blender.

Masak sekejap kemudian masukkan ayam, serai dan daun kunyit. Dalam 20 minit dah nak kering masukkan sesudu kerisik. Memang sama macam masakan emak dirumah. Sebab itu saya katakan resepi ayam rendang ni antara yang paling mudah disediakan.

Resepi Ayam Penyet

Resepi ayam penyet ni adalah antara resepi kesukaan saya dan boleh layan 2 bungkus ayam penyet jika terlalu sedap sambal dan perapannya.

Sebenarnya kalau diikutkan resepi ayam penyet yang asal, ayam mestilah direbus dahulu dengan stok ayam. Kemudiannya ayam digoreng kunyit sahaja.

Namun ayam memang resepi kegemaran orang kita dan ia telah dipelbagaikan. Ada yang goreng berempah, ada yang salut tepung dan ada juga yang tidak rebus dahulu ayamnya.

Sesetengah pengusaha kedai tidak penyekkan ayam dan disapu sambal, manakala jika anda di sebelah negeri Johor, budaya disana akan penyekkan ayam bersama sambal ayam penyet.

Ini kerana mengikut pandangan saya, terutamanya di JB memang terdapat ramai peniaga ayam penyet berbangsa indonesia yang mengamalkan cara ini.

Resepi Ayam Mana Satu Kesukaan Anda

Saya harap dengan perkongsian ini anda mendapat idea tentang resepi ayam yang anda cari. Memang bila dah selalu makan ayam, sampaikan kita dah tak tahu nak masa apa pulak.

Jadi dengan sedikit perkongsian resepi ayam yang saya tahu dan juga follow seperti diatas, saya harap dapat menyelesaikan masalah anda.